
Ikan masin online, pernah rasa ikan masin, kalau pernah apa rasanya? tentu masin kan..dah nama pun ikan masin.,tapi pernah tak rasa ikan masin yang tak berapa masin, tapi rasa lemak? mungkin ada pembaca yang pernah rasa dan mungkin ada yang tidak.
Kebiasaannya ikan masin diperbuat dari ikan air masin, memang susah sikit nak cari ikan masin yang diperbuat dari ikan air tawar. Antara ikan air tawar yang biasanya dibuat ikan masin ialah ikan sepat, dan ada dijual dikedai-kedai runcit, tapi adakah anda terjumpa ikan masin haruan dijual seperti ikan sepat, dari pengalaman saya sendiri sebenarnyan memang susah nak cari ikan masin haruan..tentu ada yang tertanya mengapa saya sibuk sangat nak bercerita tentang ikan masin haruan, ini kerana keistimewaan dan kenenakan ikan haruan kurang masin resipi ibu saya tiada tolok bandingnya bagi diri saya, dan saya berbesar hati ingin berkongsi keenakkan ikan haruan kurang masin resipi ibu saya ini, dengan sesiapa saja yang ingin merasai sendiri keenakkan makanan yang berkhasiat ini.
